Swatch Tuntut Pampasan $170 Juta Daripada Samsung Kerana Muka Jam Diciplak

TechnologyBusiness & Finance
26 Jun 2026 • 2:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Swatch Tuntut Pampasan $170 Juta Daripada Samsung Kerana Muka Jam Diciplak

Swatch Group menuntut $170 juta (~!RM 607 juta) daripada Samsung sebagai pampasan selepas gergasi Korea Selatan ini didapati bersalah membenarkan muka jam yang diciplak ditawarkan pada jam tangan pintar menurut laporan Financial Times. Saman telah difailkan pada tahun 2019 melibatkan 26 muka jam untuk Galaxy Watch yang melanggar hak cipta muka jam Omega, Tissot, dan Breguet di bawah Swatch Group.

Image from: Swatch Tuntut Pampasan $170 Juta Daripada Samsung Kerana Muka Jam Diciplak

Walaupun Samsung tidak menghasilkan 26 muka jam ini, mereka masih didapati bersalah kerana membenarkan ia dimuat turun menerusi stor aplikasi. Mahkamah mendapati Samsung sepatutnya mengawal proses semakan aplikasi sebelum diterbitkan di stor. Selepas rayuan Samsung ditolak, mahkamah kini dalam fasa menetapkan nilai pampasan yang perlu dibayar kepada Swatch.

Nilai $170 juta yang dituntut dikira menerusi jumlah aplikasi dimuat turun lebih 160,000 kali di UK dan EU antara tahun 2015–2019. Keputusan kes ini akan menentukan saman seterusnya yang telah difailkan Swatch Group di Amerika Syarikat. Swatch mengatakan mereka tidak pernah melesenkan jenama mereka kepada pihak ketiga dan penggunaan muka jam mereka pada jam tangan pintar akan merosakkan nilai jam premium Swiss.

Walaupun Swatch terkenal dengan penawaran jam tangan menarik pada harga mampu milik, The Swatch Group memegang banyak jenama terkemuka Balmain, Blancpain, Breguet, Certina, Flik Flak, Glashütte Original, Hamilton, Harry Winston, Jaquet Droz, Longines, Mido, Omega, Rado, Swatch, Tissot, dan Union Glashütte.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved