
PENYANYI dan pelakon Bella Astillah terkenal dengan bakat memasaknya. Baru-baru ini dia berkongsi video menyediakan menu nasi ayam sekali gus menawan selera tunangnya, iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Baik hati dan tidak berkira menjamu rakan-rakan, terbaharu Bella menyediakan sajian laksa buat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong.
Steven menerusi hantaran di Insta Story berkongsi foto memaparkan bungkusan berisi laksa dan kuahnya yang dikirimkan kepadanya.

"Bella Astillah sangat sweet dan baik hati, baru tadi lunch bersama dia dan Syed Saddiq, dia terus kirim laksa Kedah yang dimasaknya sendiri.
"Malam ini saya bawa balik makan bersama isteri," titip Steven.
Sementara itu, Syed Saddiq pula sempat menitipkan pesanan buat Steven dan berseloroh mengatakan dirinya hanya membantu untuk merasa sahaja laksa air tangan tunangnya itu.
"Hope you both enjoy the laksa, homecooked by Bella. Saya setakat tukang rasa sahaja," kongsinya.

Pada foto yang dimuat naik, tertera nota tulisan tangan oleh Bella yang mengucapkan terima kasih kepada Steven dan selamat menempuhi perjalanan ke Pulau Pinang.
Mereka bertiga terdahulu menikmati makan tengah hari di restoran milik pempengaruh dan usahawan terkenal Khairul Aming iaitu Rembayung.
Sumber: Instagram

