Sweet Qismina Sunting Foto Guna AI Bayang Diri Mengandung - “Insya-Allah Suatu Hari Nanti”

Lifestyle
5 May 2025 • 2:53 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Sweet Qismina mencuri perhatian apabila berharap dirinya dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata satu hari nanti.

 

Menerusi perkongsian di Tiktok, Sweet memuat naik gambaran dirinya sedang berbadan dua menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Sehubungan dengan itu, Sweet yang juga isteri kepada aktor, Adam Lee itu mendoakan agar dia dikurniakan cahaya mata kelak.

 

“Membayangkan diri saya mengandung. Insya-Allah suatu hari nanti.

 

“Semoga Allah memberi rezeki zuriat, Amin,” tulisnya. 

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut mendoakan pasangan sama cantik sama padan itu dikurniakan cahaya mata kelak.

 

Pada Hari Raya lalu, Sweet berharap dia dan Adam dapat beraya bertiga pada tahun hadapan. 

 

Sweet berharap pengikutnya dapat mendoakan dia dan Adam cepat dikurniakan cahaya mata sulung.

 

Untuk info, Adam dan Sweet mendirikan rumah tangga pada 24 oktober 2022 selepas setahun mengikat tali pertunangan.

View Original Article