Swippit Mengecas Bateri Telefon Pintar Dalam Masa 2 Saat

TechnologyDigital
10 Jan 2025 • 4:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Teknologi pengecasan terpantas dunia dibangunkan oleh Realme dengan kuasa 240W. Bateri telefon Realme GT3 boleh dicas sepenuhnya dalam masa 10 minit. Di CES sebuah sistem “pengecasan” baharu membolehkan bateri telefon pintar kembali ke tahap 100% dalam masa 2 saat sahaja.

image is not available

Sistem Swippit melakukan sebenarnya mengambil inspirasi daripada era bateri telefon yang masih boleh ditanggalkan. Ia adalah kerangka telefon pintar dengan bateri 3500 mAh. Apabila kehabisan bateri, pengguna hanya perlu memasukkan telefon ke dalam sebuah dermaga yang akan menukar bateri lama dengan bateri baharu dalam masa 2 saat. Bateri lama kemudiannya akan dicas semula untuk menanti giliran untuk digunakan semula.

image is not available

Setiap dermaga mempunyai sehingga lima bateri yang dicas sepenuhnya. Dengan ini pemilik Swippit tidak akan menghadapi masalah kehabisan bateri. Pada ketika ini Swippit hanya menyokong iPhone 14, 15 dan 16 sahaja. Terdapat perancangan memberikan sokongan kepada beberapa model peranti Android dan iPhone baharu menjelang penghujung tahun ini.

Setiap kerangka Swippit dijual pada harga $125 (~RM563) sementara dermaga pengecas dijual pada harga $450 (~RM2025).