
Marsya (bukan nama sebenar) dibawa ke Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan selepas abang kandung terjumpa rakaman video 'jijik' dirinya bersama teman lelaki di dalam telefon pintar pada Julai lalu.
Gadis berusia 15 tahun itu, berkata ibu bapanya bercerai ketika dia masih belajar dalam Tahun Enam.
Menurutnya, dia mula memiliki telefon pintar sendiri di usia masih muda sebelum berkenalan dengan ramai lelaki.
"Ketika tahun enam, saya dapat telefon pintar sendiri. Jadi saya guna peluang itu untuk bergaul bebas dengan ramai lelaki. Pertama kali 'terlanjur' adalah ketika berusia 13 tahun.
"Lelaki itu adalah sebaya dengan saya. Kami melakukannya selepas keluar makan. Dia membawa saya ke suatu lokasi sunyi sebelum berakhir dengan hubungan seks. Dia hanya kawan biasa bukan kekasih saya.
"Sejak itu (bermula 2020 sehingga Jun lalu), saya melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki termasuk yang saya kenali menerusi dating apps," kata anak bongsu daripada lima beradik itu.
Keluarga tak ambil peduli
Abang periksa telefon
Sumber: Berita Harian


