Syabu: 2 lelaki warga asing ditahan

30 Oct 2023 • 5:11 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Polis menahan dua lelaki dipercayai warga asing bersama 0.65 gram Syabu semasa rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan bandar Tawau sekitar jam 12.40 tengah malam, pada Jumaat.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 21 dan 37 tahun itu ditahan selepas pasukannya terserempak dengan motosikal suspek dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika itu pasukan rondaan sedang melakukan tugasan di sekitar kawasan bangunan kedai Takada sebelum melihat suspek yang menunggang motosikal.

“Apabila kedua-dua suspek ditahan untuk diperiksa, polis menemui satu paket plastik lutsinar berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis Syabu yang disimpan di dalam beg silang salah seorang suspek tersebut,” katanya lagi.

Jasmin berkata, kedua-dua suspek dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut.

Katanya, nilai anggaran awal berat Syabu berkenaan adalah 0.65 gram dan hasil ujian awal saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Dalam pada itu, Jasmin menegaskan polis Tawau memberi amaran keras tidak akan berkompromi dalam menangani isu dadah mahupun jenayah yang berlaku di bawah di daerah ini.

Polis turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai, khususnya penduduk di daerah Tawau kerana menyalurkan maklumat serta peka terhadap perlakuan jenayah di sekeliling mereka.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.