Syabu RM5.7 juta ditemukan dalam bot di Sungai Peng

1 Apr 2026 • 11:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Syabu bernilai RM5.7 juta ditemukan dalam sebuah bot di Sungai Peng, Pengkalan Chepa di Kota Bharu pada Ahad. Foto: PGA

KOTA BHARU - Syabu bernilai RM5.7 juta ditemukan dalam sebuah bot di Sungai Peng, Pengkalan Chepa di sini semasa serbuan dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Ahad.

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan pada jam 12.30 tengah malam itu dilakukan oleh anggota Risik Batalion 9 selepas menemui sebuah bot berwarna biru dalam keadaan mencurigakan di dalam semak dan ditinggalkan tanpa pemilik.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa guni putih dan di dalamnya mengandungi ketulan kristal yang dipercayai dadah jenis syabu.

“Kesemua barangan rampasan termasuk dadah dan bot telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ujarnya, keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan berjumlah RM5.8 juta.