
PENAMPANG: Polis menahan suami isteri yang disyaki pengedar dadah dalam dua operasi berasingan di Putatan, dengan rampasan 466.07 gram syabu, pada Isnin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang DSP Erwansyah Abdul Basir berkata syabu yang dirampas dianggarkan bernilai RM16,000.
Beliau berkata tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki berusia 41 tahun dibuat dalam operasi 4 petang yang dikendalikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah itu.
“Ini membawa kepada tangkapan kedua, seorang wanita berusia 34 tahun yang didapati memiliki satu paket plastik lutsinar mengandungi bahan kristal jernih disyaki syabu.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Ujian awal air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif tetrahydrocannabinol (THC) atau ganja,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana menggunakan dadah,” katanya.
Beliau menggesa orang ramai untuk terus menjadi “mata dan telinga” dalam menyalurkan maklumat untuk memerangi dadah.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
