Syada Amzah kongsi video nyanyi lagu Arab, netizen cadang ceburi bidang lain

EntertainmentMusic
4 Dec 2023 • 4:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Perkongsian video Syada Amzah nyanyi lagu Arab nampaknya kurang disenangi netizen di media sosial. Mana tidaknya, video yang dimuat naik ke media sosial menerima banyak komen negatif walaupun tidak semua memberikan kecaman.

Ramai komen di video Syada Amzah nyanyi lagu Arab

Video Syada menyanyi lagu berbahasa Arab telah mendapat komen yang kurang sedap dibaca apabila masing-masing merasakan ada yang tidak kena dengan penampilan penyanyi terbabit.

Tangkapan layar komen yang dibuat netizen di video nyanyian pemilik nama sebenar Nursyuhada Amir Amzah telah dikongsikan semula satu akaun X dikenali sebagai IniAlalalannn di aplikasi tersebut.

Netizen berdekah dengar Syada Amzah nyanyi?

Ada juga komen yang diperoleh dari perkongsian tersebut meminta agar adik kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah untuk tidak terlalu menunjukkan bakatnya ataupun cuba menceburi bidang lain selain bernyanyi.

image is not available

Brutal ea komen-komen di video Syada Amzah nyanyi

image is not available

“Bakat terpendam, sebaiknya pendam saja”

image is not available

Ada yangsuruh ceburi bidang F&b

image is not available

Ramai lagi yang suka sebenarnya

Namun begitu, penerimaan pendengar mungkin berbeza kerana ada sahaja yang memuji suara bekas peserta program Big Stage itu selain merasakan suaranya sesuai untuk lagu berbahasa Arab disamping dapat memperbaiki lagi lenggok lagu berkenaan.

image is not available

Sedap je dengar, kena lebih ‘lepas’

image is not available

Sedap la, takkan nak sama macam penyanyi asal pula

image is not available

Lagi elok netizen guna media sosial sebearkan awareness

Walau bagaimanapun, menerusi Insta Story Syada, dia dilihat tidak ambil pusing segala kecaman terhadapnya dan meminta agar orang ramai menggunakan media sosial masing-masing untuk menyebarkan solidariti kepada negara bergolak daripada sibuk berfikiran negatif terhadap dirinya.

image is not available

Terdahulu, kontroversi melibatkan keluarga selebriti berkenaan telah mendapat perhatian ramai apabila dia dan adik beradik yang lain saling berbalas kenyataan di media sosial atas isu-isu tertentu.

Sumber: Instagram syadaamzah, X IniAlalalannnn