Tular Video Suami Bunga Citra Lestari Didakwa Mabuk Semasa ‘After Party’?

Entertainment
4 Dec 2023 • 2:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, telah belangsung pernikahan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dengan pilihan hatinya, Tiko Aryawardhana. Pasangan dua merpati sejoli ini disatukan di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia.

Namun begitu, tular juga di media sosial video after party memaparkan pasangan tersebut gembira meraikan hari bahagia mereka bersama rakan-rakan. Apa yang membuatkan netizen terkejut apabila melihat suami kepada Bunga Citra Lestari didakwa sedang mabuk dalam majlis tersebut.

@zoenks

“PESTA AKAD NIKAH BCL&TIKO”Congratulation kak Bung Citra Lestari & bang Tiko Aryawardhana.smoga Sakinah Mawaddah Warahmah..Aamiin.#menikah #bungacitralestari #bahagia #BCL #BALI

♬ suara asli – Zoenks – Zoenks

Nampak meriah tapi…

After party itu nampak sangat meriah dan ia dihadiri oleh beberapa kenalan Bunga Citra Lestari dan Tiko. Walau bagaimanapun, dalam pesta itu dilihat Tiko sedang memegang segelas kecil dengan warna airnya sama seperti minuman keras.

Dia juga memberikan gelas tersebut kepada rakan-rakannya selain mereka sama-sama menjulang gelas kecil itu dengan gaya drinking a toast. Bukan itu sahaja, dapat dilihat Tiko seperti sedang khayal dalam majlis tersebut.

Gaun Bunga Citra Lestari nampak seksi?

Selain itu, ada netizen mengatakan gaun putih yang dipakai Bunga Citra Lestari dalam majlis tersebut agak mencolok mata. Dalam video lain yang tular di media sosial, mereka yang ada dalam majlis itu turut menari beramai-ramai sambil mengelilingi Tiko dan Bunga Citra Lestari.

Walau bagaimanapun, tidak dapat diketahui lokasi sebenar pesta tersebut diadakan dan belum ada lagi penjelasan daripada kedua-dua belah pihak.

Menyingkap di ruangan komen, ramai terkejut melihat video yang tular itu.

image is not available image is not available

Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.