Syafinaz kini Pengerusi Lembaga Pengarah ASWARA

27 Jun 2026 • 7:57 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Syafinaz kini Pengerusi Lembaga Pengarah ASWARA

PENYANYI dan pensyarah vokal terkenal, Datuk Syafinaz Selamat dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bagi tempoh dua tahun bermula 1 April 2026 hingga 31 Mac 2028.

Ia sekali gus menandakan fasa baharu dalam usaha memperkukuh institusi pendidikan seni, budaya dan warisan negara, menurut ASWARA dalam satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat Lembaga Pengarah ASWARA Bilangan 1 Tahun 2026 yang dipengerusikan Syafinaz pada 25 Jun lalu turut disusuli Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah baharu.

Turut hadir, Rektor ASWARA, Ainu Sham Ramli bersama barisan ahli lembaga yang baharu dilantik, sebagai simbol komitmen memperkukuh tadbir urus serta memperkasa hala tuju strategik institusi itu.

Barisan kepimpinan baharu itu menghimpunkan tokoh daripada pelbagai bidang termasuk media, akademik, kebudayaan dan industri kreatif.

Antara yang dilantik ialah Kamaruddin Mape, Mohd Amran Mohd Haris, Zainariah Johari, Ahmad Zainuddin sdan Ahmad Azaini Abdul Manaf.

Image from: Syafinaz kini Pengerusi Lembaga Pengarah ASWARA

Pelantikan itu dilihat mampu memperkasakan peranan ASWARA sebagai institusi pengajian tinggi seni, budaya dan warisan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Ia juga memacu transformasi pendidikan seni menerusi pengukuhan tadbir urus, pembangunan bakat serta kerjasama lebih erat dengan industri kreatif tempatan dan antarabangsa.

ASWARA yakin gabungan kepakaran barisan kepimpinan baharu itu akan memperkukuh ekosistem pendidikan seni negara menerusi kurikulum yang lebih progresif, jaringan strategik bersama pemain industri serta pembangunan modal insan kreatif yang berdaya saing di peringkat global, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan bagi memenuhi keperluan industri seni kreatif negara.

Sekadar info, Syafinaz terdahulu dilantik sebagai salah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ASWARA pada tahun 2020.

Mempunyai pengalaman selama 24 tahun dalam dunia seni suara, Syafinaz juga memikul tiga tanggungjawab sekali gus; iaitu sebagai pensyarah vokal dalam Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara dan ASWARA serta vocal master untuk Koir Kebangsaan Malaysia dan kumpulan Genius Seni Koir (dahulunya dikenali sebagai Koir PERMATA Seni)

Sumber: Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved