Syafiq Kyle, Mimi Lana Akhirnya Selamat Diijabkabul 

LocalEntertainment
14 Feb 2025 • 8:35 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Pasangan pelakon popular Syafiq Kyle dan Mimi Lana akhirnya sah bergelar suami isteri. Khabar gembira ini dikongsi sendiri oleh pemilik nama penuh Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, menerusi akaun Instagramnya petang tadi.

“Alhamdulillah, got married on a blessed Friday”, kongsi Syafiq ringkas dengan menyertakan beberapa keping foto perkahwinan.

image is not available

Pasangan ini didakwa melangsungkan perkahwinan di kampung halaman Mimi yang terletak di Taiping, Perak. 

Majlis yang diadakan secara tertutup itu dipercayai hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan kenalan rapat.

Desas-desus tentang pernikahan pasangan ini mula dihidu apabila masing-masing berkongsi gambar cincin di akaun Instagram. 

image is not available

Syafiq dan Mimi sebelum ini pernah membatalkan majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan pada 18 Ogos 2023. 

Majlis yang sepatutnya berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang itu dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielak. - Getaran, 14 Februari 2024