Muat naik cincin, Syafiq Kyle & Mimi Lana nikah hari ini -“Tetamu tak dibenarkan bawa telefon”

EntertainmentLifestyle
14 Feb 2025 • 5:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pasangan selebriti popular, Syafiq Kyle dan Mimi Lana nikah hari ini di kampung halaman aktres itu di Taiping, Perak, kongsi sumber.

Menurut sumber Harian Metro, pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan secara tertutup tanpa mahu diketahui pihak media atau orang luar.

“Saya dengar tetamu yang hadir tidak dibenarkan membawa telefon bimbit kerana enggan pernikahan mereka mendapat perhatian,” kata sumber.

image is not available

Syafiq Kyle & Mimi Lana nikah hari ini

Lebih menguatkan spekulasi itu, Mimi memuat naik foto di Instagram memaparkan tangannya yang sudah disarung cincin bersama tangan lelaki dipercayai Syafiq.

Selain disertakan dengan emoji hati dan cincin, Mimi turut memuat naik gambar dia berpelukan bersama Syafiq.

image is not available

image is not available

Ibu Syafiq iaitu Rohaya Sulaiman turut memberi bayangan terdapat sesuatu yang bakal berlaku menerusi perkongsian di Instagram Story.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan kami,” katanya.

image is not available

Terdahulu, Syafiq dalam satu temubual di sebuah stesen radio mengakui sudah menakluk hati Mimi Lana dan kini hanya menanti masa yang sesuai untuk meneruskan hubungan mereka.

Sebelum ini, mereka sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos 2023, namun majlis itu dibatalkan tanpa memperincikan punca sebenar.

Mereka bagaimanapun mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.

Sementara itu, cubaan untuk menghubungi kedua-dua pelakon itu dan pengurus mereka, Iman Tang bagi mendapatkan pengesahan mengenai pernikahan itu tidak berjaya.

Kesemua mereka tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.