Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan, Mesej Disampaikan Pengurus

11 Aug 2023 • 10:28 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Syafiq Kyle dan Mimi Lana mengikat tali pertunangan sekitar Januari lalu - gambar fail

Tiada angin tiada ribut, pernikahan pasangan sama cantik sama padan, Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang sepatutnya diadakan 18 Ogos depan tiba-tiba dibatalkan. 

Berita mengejutkan itu disampaikan pengurus Mimi, Iman Tang kepada tetamu menerusi satu pesanan ringkas. 

“Saya dan pihak pengurusan ingin mengumumkan bahawa majlis pernikahan dan resepsi Mimi Roziana dan Muhammad Syafiq Shamim yang dijadualkan 18 Ogos 2023 di Puncak Rimba, Bentong, Pahang telah dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Mohon maaf atas segala kesulitan,” katanya. 

Sehingga berita ini ditulis, kedua-dua pasangan berkenaan masih belum memberikan sebarang komen. 

image is not available
Berita pertunangan mereka diumumkan dengan cara yang amat simbolik di media sosial - gambar fail

Mimi pula menerusi perkongsian di Instagram dilihat sedang sibuk menjalani penggambaran Headliners. 

Mimi dan Syafiq mengikat tali pertunangan sekitar Januari lalu selepas menyambung kembali percintaan yang terputus.  

Apapun yang berlaku, kami di Getaran mengharapkan perkara ini berakhir dengan cara baik dan kedua-dua mereka bersatu akhirnya. - Getaran, 11 Ogos 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved