“Tunggu Syafiq Sendiri Cakap” – Adik Kunci Mulut, Mimi Lana Dan Syafiq Kyle Saling ‘Unfollow’

Entertainment
11 Aug 2023 • 10:09 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tiada angin tiada ribut, pasangan merpati dua sejoli Syafiq Kyle dan Mimi Lana membatalkan pernikahan yang sepatutnya berlangsung minggu hadapan.

Pengurus pelakon Mimi Lana, Iman Tang berkata, dia dimaklumkan mengenai hal itu dua hari lalu. Mimi memberi alasan terikat dengan jadual kerja dan ada perkara perlu diselesaikan dengan tunangnya.

Sementara itu, adik kepada Syafiq iaitu Syazwan Razak mengunci mulut mengenai punca pembatalan majlis dan mahu abangnya sendiri yang beritahu umum.

Saya rasa lebih baik tunggu Syafiq sendiri cakap. Doa yang baik baik untuk Syafiq okey.

Hasil tinjauan ke Instagram, pasangan ini dilihat saling ‘unfollow’ akaun media sosial masing-masing. Usaha para wartawan untuk mendapatkan respon daripada mereka juga gagal.

Kredit: OhBulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved