Syafiq optimis magis Ken Nee

10 Mar 2025 • 7:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhammad Syafiq

ATLET terjun negara, Muhammad Syafiq Puteh optimis kehadiran pengarah teknikal baharu, Yeoh Ken Nee mampu memberi impak positif buat kem terjun negara untuk lebih menyerlah pada masa akan datang.

Beliau berkata, Ken Nee memiliki pengalaman luas di pentas antarabangsa termasuk merupakan salah seorang juri akuatik dunia.

“Menerusi pengalaman itu, dia dapat membantu semua atlet dengan lebih praktikal.

“Malah saya harap dengan pengalaman itu, ia dapat membuatkan skuad terjun negara lebih menyinar pada kejohanan dunia,” katanya.

Renang Malaysia (MS) baru-baru ini mengumumkan Ken Nee sebagai pengarah teknikal baharu skuad terjun kebangsaan berkuat kuasa Isnin lalu, menggantikan Bryan Nickson Lomas yang meletakkan jawatannya pada Disember.

Setiausaha Agung MS, Andy Low berkata, bekas atlet berusia 41 tahun itu dipilih berdasarkan pengalaman luasnya dalam kolam terjun.

Mengulas mengenai kemungkinan wujud perbezaan corak latihan antara Ken Nee dan Bryan, Syafiq berkata, tidak banyak perubahan yang dilakukan.

Malah tambah beliau, ia juga tidak memberi sebarang impak terhadap prestasi para penerjun.

“Kami di kem terjun giat menjalani latihan menjelang sesi pemilihan untuk mewakili negara pada bulan depan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved