Syafiq Yusof Mahu Beraya Dengan Kakak Ipar Baru, Dakwa Hubungan Dengan Syamsul Masih Baik

Entertainment
14 Apr 2023 • 3:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Adik kepada Syamsul Yusof, Syafiq Yusof bakal meraikan Aidilfitri bersama abangnya dan kakak ipar baru, Ira Kazar.

Memetik laporan Utusan, Syafiq yang juga merupakan pengarah filem menyatakan bahawa hubungan kekeluargaan antaranya dengan Syamsul masih terjalin baik kerana air yang dicincang tidak akan putus.

“Apapun berlaku, saya akan berjumpa dan beraya dengan abang. Saya memang dah rancang akan pergi rumah abang dan bawa isteri sekali.”

“Saya harap hubungan keluarga kami kembali seperti dulu kerana tiada manusia yang sempurna di dunia. Hari Raya adalah peluang bermaaf-maafan antara satu sama lain.”

image is not available

Walaubagaimanapun, Syafiq menjelaskn dia tidak ada perancangan untuk temukan Ira Kazar dengan ahli keluarga yang lain.

Jelasnya lagi, dia selalu berkata kepada Syamsul agar bersabar dan anggap bahawa ini adalah ujian hidupnya. Syafiq menjelaskan bahawa Syamsul adalah individu yang kuat serta mampu untuk mengharungi situasi ini.

“Abang balas mesej dan dia sedar apa yang terjadi. Sebagai adik, saya perlu bagi sokongan moral selepas dia diserang daripada pelbagai penjuru terutamanya daripada netizen. Saya harap krisis ini berakhir segera.”

Hurmm, mudah-mudahan bila menjelang Syawal nanti kes ini dapatlah diselesaikan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.