
Pempengaruh media sosial, Muhammad Syahmie atau lebih dikenali sebagai Syahmie AI, telah membuat permohonan maaf susulan satu klip perbualan yang tular di media sosial yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
Menerusi klip video berkenaan, Syahmie didakwa menyebut bahawa pada masa hadapan masyarakat mungkin tidak lagi mengingati Baginda Nabi Muhammad SAW, sebelum disusuli dengan ketawa oleh beberapa individu lain dalam rakaman tersebut. Kenyataan itu mencetuskan reaksi negatif pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai tidak sensitif serta menyinggung perasaan umat Islam.
Susulan kritikan meluas, Syahmie mengakui kekhilafan tersebut dan menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat tidak bertujuan untuk menghina agama, sebaliknya disampaikan dalam bentuk kiasan.
Katanya, tujuan kenyataan itu dibuat adalah untuk memberi peringatan secara kiasan kepada umat Islam agar sentiasa mengingati agama.
“Tujuan saya berkata sebegitu cuma nak menyampaikan secara kiasan saja agar kita umat Islam semua saling mengingati tentang agama Islam kita.
“Saya masih lagi waras untuk tidak menghina atau mempersendakan agama saya sendiri. Mungkin kiasan dari kata-kata saya itu sesetengah pihak akan faham, tetapi mungkin sesetengah pihak lain akan salah anggap,” jelasnya.
@filzahrazi nak bergurau tak kena tempat dik. sebab tu kena jadi bijak dgn ilmu. bukan bergurau ‘bodo’ macam ni . genZ tengah follow korang ni #aiteam
♬ original sound – FILZAH RAZI – FILZAH RAZI

Baca juga:
27 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cina, Gok Kapur
Pelajar UCYP terima sijil penghargaan, bantu lancarkan pergerakan ambulans ke HTAA
Kerajaan kekal iktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di- Pertuan Negeri Sembilan
Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa kenyataan tersebut telah menimbulkan salah faham dan menerima teguran daripada pelbagai pihak.
“Saya betul-betul minta maaf atas khilaf saya sebelum ini, sekiranya ayat saya membuatkan ramai terasa atau menganggap ia menghina agama,” katanya.
The post Syahmie AI Team mohon maaf isu tular didakwa hina Nabi appeared first on The Reporter.




![AI Team Dikecam Selepas Didakwa Hina Nabi Muhammad SAW, Muhamad Syahmie Tampil Mohon Maaf [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Muhamad-Syahmie-AI-team-kena-kecam-selepas-didakwa-hina-Nabi-Muhammad-SAW-800x467.jpg?t=1780632507)

