![Image from: AI Team Dikecam Selepas Didakwa Hina Nabi Muhammad SAW, Muhamad Syahmie Tampil Mohon Maaf [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Muhamad-Syahmie-AI-team-kena-kecam-selepas-didakwa-hina-Nabi-Muhammad-SAW-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular di laman Threads apabila seorang lelaki berkongsi klip video daripada YouTube, menyaksikan anak-anak muda daripada sebuah kumpulan pencipta kandungan (content creator), AI Team sedang melakukan sketsa parodi dipercayai kisah antara golongan rakyat bersama golongan diraja.
Dalam klip itu, seorang wanita telah berkata, “Tahu apa maksud Sharifah? Sharifah bermaksud wanita terhormat keturunan Nabi Muhammad SAW.”
YouTuber Dakwa Tiada Lagi Yang Ingat Pada Nabi SAW Pada Tahun 2026
Namun apa yang mendapat perhatian dan kecaman ramai apabila salah seorang talent telah membalas dengan ayat didakwa menghina Nabi SAW.
“(Tahun) 2026, patik menjangkakan tiada lagi orang yang ingat pada Nabi Muhammad SAW,” kata lelaki berkenaan.
Dalam video sama juga, kelihatan sesetengah daripada mereka bergelak ketawa dengan kenyataan itu seolah-olah ia satu bahan jenaka.
View on Threads
Ramai Netizen Berang, Dakwa YouTuber Jadikan Nabi SAW Bahan Jenaka
Segelintir netizen berkata ayat dilontarkan lelaki itu adalah untuk memerli sesetengah individu di luar sana yang sudah lalai dan semakin melupakan Baginda.
Pun begitu, ramai yang tidak bersetuju selain berkata lelaki itu telah mempersendakan pemimpin teragung agama Islam, Rasulullah SAW.
“Nak buat lawak pun biar berpada-pada. Ini sampai nama Nabi pun buat jadi gurauan Ya Allah. Kita orang Melayu, orang Islam. Demi nak popular sanggup mempersendakan agama sendiri, Nabi kita,” kata seorang wanita.
![Image from: AI Team Dikecam Selepas Didakwa Hina Nabi Muhammad SAW, Muhamad Syahmie Tampil Mohon Maaf [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/AI-team-didakwa-hina-Nabi-Muhammad-SAW.jpeg)
![Image from: AI Team Dikecam Selepas Didakwa Hina Nabi Muhammad SAW, Muhamad Syahmie Tampil Mohon Maaf [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/WhatsApp-Image-2026-06-05-at-10.48.09.jpeg)
![Image from: AI Team Dikecam Selepas Didakwa Hina Nabi Muhammad SAW, Muhamad Syahmie Tampil Mohon Maaf [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/AI-team-didakwa-hina-Nabi-Muhammad-SAW-2.jpeg)
![Image from: AI Team Dikecam Selepas Didakwa Hina Nabi Muhammad SAW, Muhamad Syahmie Tampil Mohon Maaf [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/AI-team-didakwa-hina-Nabi-Muhammad-SAW-3.jpeg)
![Image from: AI Team Dikecam Selepas Didakwa Hina Nabi Muhammad SAW, Muhamad Syahmie Tampil Mohon Maaf [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/AI-team-didakwa-hina-Nabi-Muhammad-SAW-4.jpeg)
Anggota AI Team, Muhamad Syahmie Akui Khilaf & Tampil Mohon Maaf
Bagaimanapun menerusi semakan kami, anggota AI Team tersebut, Muhamad Syahmie telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada mana-mana pihak yang terguris akibat kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.
“Saya tak cakap benda tu betul, ya memang saya akui itu adalah kesalahan yang terbesar sepanjang saya berada di dalam AI Team ini,” katanya.
Masih Lagi Waras Untuk Tidak Persenda Agama Sendiri – Muhamad Syahmie
Jelasnya, kenyataan tersebut hanyalah sekadar kiasan untuk mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengingati tentang agama Islam.
“Tujuan saya berkata begitu cuma nak menyampaikan secara kiasan sahaja agar kita umat Islam semua saling mengingati tentang agama Islam. Saya masih lagi waras untuk tidak menghina atau mempersendakan agama saya sendiri.
“Mungkin kiasan dari kata-kata saya tu sesetengah pihak akan faham, mungkin sesetengah pihak lagi akan salah anggap. Cumanya di sini bagi saya, salah tetap salah dan saya betul-betul minta maaf atas khilaf saya sebelum ini,” tambahnya.
Dalam pada itu, dia juga berterima kasih kepada orang ramai yang tampil menegur mengenai isu ini selain berkata akan belajar daripada kesilapannya.
![Image from: AI Team Dikecam Selepas Didakwa Hina Nabi Muhammad SAW, Muhamad Syahmie Tampil Mohon Maaf [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Muhamad-Syahmie-AI-Team-mohon-maaf.jpeg)
PU Syed Berang Dengan Kenyataan Didakwa Menghina Nabi SAW
Sebelum ini, hantaran itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, PU Syed yang mana beliau berasa berang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhamad Syahmie berhubung penghulu segala Nabi itu.
Ini satu kalimah atau satu perkataan yang sangat teruk yang dilafazkan oleh seorang anak Melayu, budak muda tentang perkara ni. Kalau dia nak melawak dengan benda ni, kita kena ingat melawak tu tak betul. Melawak dengan menggunakan kalimah tu, adalah tidak betul.
Pendakwah bebas, PU Syed.
Kalimah Yang Kufur, Harap YouTuber Bertaubat – PU Syed
Dalam masa sama, PU Syed juga berharap agar individu tersebut memohon pengampunan kepada Allah SWT dengan melakukan taubat nasuha.
“Saya harap dia bertaubat kepada Allah SWT dengan taubatan nasuha, tarik balik kenyataan tersebut, dan jangan main-main.
“Kamu menyebut tentang ‘2026, tak menjangkakan ada orang akan ingat pada Nabi Muhammad SAW.’ Ini satu kalimah yang kufur! Mana kamu belajar kalimah seperti ini dan kamu nak jadikan ini sebagai konten?” tanya beliau.
Harap Pihak Berkuasa Siasat & Ambil Tindakan Jika Terbukti Persenda Islam – PU Syed
Selain itu, pendakwah berkenaan berharap agar pihak berkuasa dapat menyiasat tentang video tular dan mengambil tindakan ke atas anggota AI Team tersebut sekiranya didapati benar-benar mempersendakan agama.
“Siapa yang menyediakan konten tersebut? Skrip tersebut siapa yang sediakan? Adakah keluar spontan dari mulut kamu atau kamu sengaja nak mempermain-mainkan perkara ni? Tolong jawab dan keluarkan kenyataan yang betul.
“Sebab saya berharap pihak berkuasa boleh kaji perkataan budak ni dan ambil tindakan kalau ternyata dia benar mempermain-mainkan Islam sendiri,” tegas PU Syed di akhir perkongsian.
@pusyedofficial Mintak youtuber² ini bertaubat atas ayat "2026 patik menjangkakan tiada orang yg ingat pd Nabi Muhammad SAW", sambil di sahut hilai tawa..sesama mereka!!
♬ original sound – PU Syed Original
Tonton video penuh [DI SINI].
