Syamsul Yusof Akhirnya Setuju Lafaz Cerai Terhadap Puteri Sarah Pada 18 April Ini

Entertainment
10 Apr 2023 • 11:24 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mahkamah Rendah Syariah hari ini telah menetapkan prosiding lafaz cerai pengarah dan pelakon, Syamsul YusoFf terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah, ia akan dilakukan pada 18 April ini.

Ketika prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas berhubung status Jawatankuasa Pendamai (JKP), peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah, 38, berkata, Syamsul dan Puteri Sarah, telah mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik serta aman.

Namun begitu, terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan nanti, seperti hadanah, nusyuz, mutaah, nafkah, eddah dan harta sepencarian, lapor Sinar Harian.

“Syamsul dah bersetuju… Alhamdulillah sebab kami dah berjumpa, kami dah bincang semua terma dan syarat. Apa yang Sarah nak… apa yang dia nak berkenaan anak-anak,” katanya kepada pemberita.

Untuk rekod, pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya ekoran krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan perdamaian, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand, baru-baru ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.