Syamsul Yusof bangga anak lelaki jadi ‘player of the week’ – “Terima kasih Allah..”

LocalEntertainment
24 Oct 2024 • 4:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof bangga anak lelakinya, Syaikul Islam terpilih sebagai ‘player of the week’ dalam sukan bola sepak, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Syamsul atau nama lengkapnya Mohd Syamsul Mohd Yusof di IG storynya, dia meluahkan rasa syukur dengan pencapaian anak sulungnya itu.

Syamsul Yusof bangga

image is not available

“Anak lelaki saya adalah player of teh week boy! Terima kasih Allah,” ujarnya.

Terdahulu, bekas isterinya yang juga merupakan aktres Puteri Sarah Liyana bersyukur kerana Syaikul Islam meraih keputusan cemerlang dalam kesemua matapelajaran peperiksaan.

Syaikul telah meraih A dalam kesemua mata pelajaran dan apa yang lebih membanggakan, dia mendapat markah penuh 100 peratus untuk subjek Pendidikan Islam.

Syamsul Yusof bangga

image is not available

Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah popular, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun berpisah pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 7, dan Summayah, 5.

Sumber: Instagram @Syamsul Yusof