“Tak Boleh Jual Mahal..Tak Boleh Konten Joget…” - Usahawan Puji Syarat Diletakkan Fattah Amin Sebelum Jadi Duta

29 Oct 2024 • 9:39 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan, Datin Nurul Syahera tampil mendedahkan dua syarat yang diletakkan oleh Fattah Amin sebelum dia bersetuju untuk berkolaborasi.

Antara syaratnya termasuk tidak melibatkan konten yang memerlukan Fattah untuk ‘berjoget’. 

“Dia setuju tapi bersyarat. Yang pertama, tak boleh jual mahal..okay saya boleh terima. Yang kedua syaratnya, tak boleh konten yang joget-joget.

“Kalau nak rekod konten yang biasa-biasa boleh, tapi kalau nak ajak berjoget tak boleh.

Itulah syaratnya kalau nak ambil Fattah Amin. Tapi tak mengapa, kami pun bukan nak joget dengan dia. Kita cuma nak jual produk kopi,” katanya menerusi satu perkongsian video di TikTok. 

Selain itu, aktor berusia 34 tahun tersebut juga akan bersetuju untuk mengikat kontrak sekiranya dia menggemari produk berkenaan.

“Dia ada berkata, kalau nak buat produk kena pastikan dia suka. Jadi dia cuba rasa dahulu, selepas semuanya okay barulah dia setuju.

Dia bukan main sebat sahaja dan dia memang suka kopi,” tambahnya lagi. 

@rissaskin_hq Apa pun kita ikut la semua yg big boss mahuu hehe #rissaskin #rissaskinxfattahamin ♬ original sound - Rissaskin

Dalam masa yang sama, usahawan tersebut turut memuji sikap Fattah yang dianggap sopan dan bagus sepanjang bekerjasama. 

“Tapi syarat yang dia berikan itu sebenarnya bagus untuk dia.

“Betulah apa orang cakap, dia baik dan dia memang bagus. Semasa bertemu dengan dia, dia ‘soft spoken’ dan kita tahu apa yang dia suka..apa yang dia tidak suka,” ujarnya lagi. 

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan prinsip pelakon filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan itu. 

“Seorang lelaki yang menjaga adab-adabnya, Alhamdulillah.

“Syarat-syarat tu bagus, itu cara dia cari sumber rezeki ke jalan yang halal.

“Memang betul, mana boleh buat konten joget-joget,” komen beberapa netizen.

Sejak bercerai dengan aktres, Nur Fazura rezeki pelakon Fattah Amin mencurah-curah dalam dunia seni apabila pelbagai tawaran kerja diterima.