Syarat Utama Pemilikan Tanah Di Selangor Perlu Fasih Bahasa Melayu – Amirudin Shari

LocalPolitics
13 Oct 2025 • 10:38 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Kerajaan Selangor menetapkan keutamaan berbahasa dan melazimi bahasa Melayu sebagai syarat penting dalam pemilikan tanah rizab, hak milik serta premis di negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, syarat itu penting untuk memastikan seseorang itu layak ditakrifkan sebagai orang Melayu dan wajar memilik kuota tanah di Selangor.

Nak pastikan seseorang itu Melayu atau Bumiputera

Menurutnya, itu adalah tafsiran asas untuk memastikan seseorang itu Melayu atau Bumiputera selain mengamalkan adat istiadat orang Melayu dan beragama Islam.

“Perkara ini sudah tertera dalam Perlembagaan, tertulis dalam peraturan-peraturan penting pemilikan tanah, hak kewarganegaraan sampailah kepada papan tanda.

“Ia merujuk betapa pentingnya bahasa Melayu yang akan membentuk perpaduan dan semangat patriotisme dalam kalangan semua orang,” katanya dipetik Berita Harian.

Kerajaan Selangor amat patuh Akta Bahasa Kebangsaan

Menurutnya lagi, kerajaan negeri juga amat patuh kepada Akta Bahasa Kebangsaan apabila semua papan tanda, nama jalan dan tempat ditulis dengan pematuhan sepenuhnya terhadap Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Malahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menekankan penggunaan bahasa Melayu yang suatu ketika dulu timbul isu.

“Dan sekarang ia ditetapkan harus dalam tulisan jawi atau rumi dalam bahasa Melayu supaya kita memperkukuhkan dan mempertingkatkan pelaksanaan kepada seluruh masyarakat,” katanya.

Jom ketahui apa itu Akta Bahasa Kebangsaan (Akta 32)

Untuk info, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32) adalah undang-undang Malaysia yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Akta 32 diluluskan pada tahun 1967 dan berkuat kuasa pada 1 Ogos tahun tersebut.

Memetik laman Facebook peguam Datuk Kamilia Ibrahim, akta ini merupakan salah satu langkah awal dalam usaha pengiktirafan dan pengukuhan kedudukan Bahasa Melayu selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Akta ini juga meliputi seluruh negara termasuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang diterapkan dalam semua institusi kerajaan, sektor pendidikan dan komunikasi rasmi.

Tujuan penggubalan Akta 32:

  • Mengukuhkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan mempromosikan penggunaannya dalam semua urusan rasmi kerajaan serta undang-undang di Malaysia.
  • Memastikan penggunaan Bahasa Melayu dalam dokumen rasmi, undang-undang dan urusan kerajaan.
  • Memastikan Bahasa Melayu dipromosikan dan dikembangkan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan dan komunikasi awam.

Source: