Dr Zaliha tegaskan Kg Sg Baru bukan Tanah Rizab Melayu

LocalPolitics
23 Sep 2025 • 3:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isu status tanah Kampung Sungai Baru sekali lagi jadi perhatian apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menegaskan kawasan tersebut bukan Tanah Rizab Melayu (MAS) seperti yang didakwa sebelum ini.

image is not available

Dr Zaliha dedah semakan awal tanah bukan kategori tersebut

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, Dr Zaliha menyatakan semakan awal mendapati tanah berkenaan tidak termasuk dalam kategori tersebut, namun keputusan muktamad hanya akan ditentukan mahkamah.

“Setakat apa yang kita dapat tahu itu memang bukan tanah MAS. Itu yang kita tahu tapi sekarang ini semua pembuktian telah diberikan kepada mahkamah untuk ditentukan,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Dr Zaliha jelaskan status Kg Sg Baru tak sama dengan rizab Melayu

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa tanah Kampung Sungai Baru perlu difahami statusnya tidak sama seperti tanah rizab Melayu.

“Itu sebenarnya seperti yang saya pernah sebut sebelum ni bahawa tanah Kampung Sungai Baru ini atas tindakan yang kita ambil itu ialah berada di luar kawasan MAS.


“Jadi kalau bukan tanah MAS itu tentu dah ada setakat-sekatan yang berbeza berbanding dengan tanah MAS atau Tanah Rizab Melayu,”ujarnya.

image is not available

Junjung titah Sultan Selangor

Dalam masa sama, beliau memberi jaminan kerajaan tetap mengambil berat kepentingan penduduk Melayu di kawasan itu, selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Saya yakin bahawa seperti mana yang penduduk mahukan, seperti mana yang Tuanku Sultan Selangor selalu sebut juga bahawa kepentingan orang Melayu itu mesti dijaga.

“Itu sudah pastinya kita mengambil perhatian dan mengambil berat tentang perkara ini,” ujarnya.

Persatuan Penduduk tegaskan hal sama

Sebelum ini, Persatuan Kebajikan Pemilik Harta Kampung Sungai Baru turut menegaskan tanah tersebut memang bukan Tanah Rizab Melayu.

Pengerusinya, Sanita Yunus berkata, perkara itu terbukti berdasarkan perjanjian jual beli antara pemilik rumah dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sejak 1971.

image is not available

Katanya, rumah yang dibeli mereka juga berstatus pajakan selama 99 tahun, bukannya hak milik kekal.

Sumber: Malaysia Gazette (Muhammad Azizul Osman)