Teknologi kecerdasan buatan hari ini boleh dimanfaatkan untuk pelbagai jenis tujuan, sama ada ia baik ataupun memudaratkan. dari menjana imej dan video, sebagai pembantu digital, ia hadir dengan pelbagai jenis kegunaan, dan ia dijangka bahawa pembangunannya akan semakin pesat lagi.
Di China, satu kegunaan teknologi AI, khususnya AI generatif kini hadir dengan satu jenis kegunaan yang unik, iaitu untuk membangunkan “klon digital” mendiang ahli keluarga. Konsep kekeluargaan di negara tersebut adalah sesuatu yang sangat dititik-beratkan, dan kadang-kala, terdapat diantara mereka yang tidak dapat menerima pemergian seorang ahli keluarga.
Pemesatan teknologi AI dalam beberapa tahun ini membolehkan sejumlah syarikat teknologi dui China untuk menawarkan pembangunan klon digital ini, dimana mereka hanya memerlukan sampel video dan gambar mendiang ahli keluarga dimana mereka kemudiannya menggunakan mesin bahasa-raya mereka untuk membangunkan klon digital ini.
Salah satu syarikat yang diperlihatkan ialah Silicon Intelligence, yang menawarkan pakej berharga 199 yuan (~RM150) untuk satu klon digital ini, dan ia boleh dibangunkan dengan cepat.
Akan tetapi satu isu yang mungkin dapat diperlihatkan ialah ia tidak akan boleh berinteraksi seperti ahli keluarga sebenar. Maklumat seperti ingatan, perangai, suka dan duka adalah sesuatu yang masih belum boleh ditiru oleh AI buat masa ini, tetapi untuk segolongan individu, melihat pergerakan wajah dan mendengar suara mendiang ahli keluarga adalah mencukupi untuk mereka yang merindui ahli keluarga yang sudahpun meninggal dunia.
Sama ada teknologi ini akan digabungkan bersama-sama pemesatan teknologi robotik di masa akan datang tidak diketahui lagi, tetapi perkara ini juga boleh dilihat sebagai satu persoalan etika sama ada patutkah kita membenarkan mereka yang sudahpun meninggal dunia untuk “dihidupkan” kembali sebagai alat sokongan emosi keluarga.


![Pemuda Gigih Terjemah Bahasa Isyarat Pada Ibu Bapa OKU Ketika Hadiri Ceramah Agama [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)
![Sandal Macam Selipar Jamban Dijual Lebih RM5,500 Di Arab Saudi Raih Perhatian Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)