Syarikat Dari China Disyaki Korek Emas Secara Haram, PTG Kelantan Sita 7 Jentera Berat Bernilai Lebih RM4 Juta

LocalBusiness & Finance
16 Jul 2026 • 10:32 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Aktiviti lombong haram di Kampung Pulai, Gua Musang Kelantan akhirnya terbongkar selepas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyerbu kawasan berkenaan kelmarin.

Dalam serbuan itu, pihak berkuasa menyita tujuh jentera berat yang dianggarkan bernilai lebih RM4 juta, dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan perlombongan emas tanpa kebenaran.

Tiga lelaki warga China ditahan

kelantan

Tiga lelaki warga China turut ditahan bagi membantu siasatan, manakala beberapa pekerja lain yang dipercayai warga Indonesia sempat melarikan diri dari lokasi kejadian.

Menurut sumber, kegiatan itu dipercayai dijalankan di atas kawasan tanah seluas lebih tiga hektar dan dipercayai melibatkan sebuah syarikat dari China.

Polis kesan pemilik tanah

emas kelantan
Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, pemilik tanah sebelum ini mendakwa mempunyai permit melombong sebelum kawasan tersebut ditawarkan kepada syarikat berkenaan.

Sedangkan, pemilik tanah itu tidak mempunyai sebarang permit yang dimohon daripada PTG, sebaliknya surat yang dikeluarkan kepada sebuah syarikat dari China itu hanya surat beliau selaku pemilik tanah. Sehubungan itu kita sedang mengesan pemilik tanah berkenaan untuk siasatan lanjut dan kita percaya kegiatan itu baru dilakukan sejak dua minggu lalu.

Lebih mengejutkan, sumber sama memaklumkan pelombong di kawasan tersebut dipercayai mampu memperoleh purata sekitar 100 gram emas setiap hari.

Bagaimanapun, pihak syarikat mendakwa aktiviti melombong di kawasan itu baru dilakukan selama tiga hari, namun perkara tersebut masih dalam siasatan lanjut.

Kini siasatan dibuat mengikut Enakmen Mineral 2001 & Undang-Undang berkaitan aktiviti melombong secara haram.

The post Syarikat Dari China Disyaki Korek Emas Secara Haram, PTG Kelantan Sita 7 Jentera Berat Bernilai Lebih RM4 Juta appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved