Syarikat EMS, pengeluar logam diyakini percepatkan penghasilan produk, kata Maybank IB

LocalBusiness & Finance
28 Apr 2025 • 10:37 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Syarikat EMS, pengeluar logam diyakini percepatkan penghasilan produk, kata Maybank IB

image is not available

28/04/2025 - 10:37

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 April - Syarikat perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) dan pegeluar logam dipercayai akan mempercepatkan pengeluaran produk sebelum pelaksanaan tarif dan keadaan ini dilihat amat ketara sebelum pengumuman tarif menyeluruh Presiden Donald Trump ke atas negara-negara lain.

Maybank Investment Bank (Maybank IB), negara-negara lain turut dikenakan tarif serupa (kecuali China) dengan kebanyakan syarikat yang ditemui menggambarkan keadaan adalah berjalan seperti biasa.

Katanya, kebimbangan mengenai penyerapan kos tarif sebahagian besarnya berjaya diselesaikan, dengan kebanyakan pelanggan dijangka menanggung kos tersebut, walaupun perkongsian kos secara separa mungkin berlaku.

"Bagaimanapun, syarikat korporat memberi isyarat mungkin berlaku penurunan pengeluaran bagi produk baharu, terutamanya produk yang terkesan akibat konflik tarif antara Amerika Syarikat (AS)-China atau tertangguh kerana kitaran perbelanjaan modal global.

"Pada pandangan kami, walaupun pendapatan jangka pendek masih disokong oleh operasi sedia ada, pertumbuhan dalam masa terdekat mungkin terhad disebabkan oleh kelembapan dalam pelancaran produk baharu dan inisiatif perbelanjaan modal global," katanya dalam satu nota kajian.

Firma penyelidikan itu berkata, syarikat multinasional (MNC) global kini mengambil pendekatan tunggu dan lihat disebabkan ketidaktentuan berkaitan tarif, syarikat-syarikat di lapangan kekal optimistik terhadap trend kepelbagaian berterusan China+1 dan kini mula mengetengahkan kemunculan strategi Vietnam+1 (V+1).

Katanya, ini berikutan pendedahan Vietnam kepada kadar tarif antara yang tertinggi dalam kalangan negara ASEAN pada fasa awal, yang telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelanggan yang beroperasi di rantau ini.

"Beberapa syarikat turut mengetengahkan kemajuan positif dalam mendapatkan pelanggan baharu di tengah-tengah ketegangan perdagangan yang berterusan, menunjukkan potensi sokongan jangka panjang walaupun terdapat sikap berhati-hati dalam jangka pendek.

"Kami percaya syarikat seperti Aurelius Technologis Berhad, yang mempunyai kapasiti tersedia, berpotensi untuk meraih manfaat paling besar daripada trend ini," katanya.

Maybank IB kekal berpendirian "positif" sektor EMS kerana ketidaktentuan tarif berterusan.

Katanya, syarikat EMS Malaysia kekal dalam kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada perang perdagangan AS-China yang sedang berlangsung. - DagangNews.com

standard