Syarikat ‘Gaming’ Korea Ini Hadiahkan Setiap Pekerja PS5 Pro & Bonus Tambahan Untuk Hargai Kerja Keras

TechnologyGaming
14 Jan 2025 • 3:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebuah syarikat gaming di Korea Selatan meraih perhatian ramai selepas menghadiahkan setiap seorang pekerja mereka PlayStation 5 Pro.

Difahamkan syarikat itu, Shift Up berbuat sedemikian sebagai tanda menghargai kerja keras semua pekerjanya sepanjang tahun lalu.

Menurut laporan, syarikat yang melancarkan permainan aksi popular PS5 Stellar Blade itu juga turut memberi bonus tambahan kepada pekerjanya bernilai 5 Juta Won (kira-kira RM15,326) setiap seorang.

Shift Up turut berkongsi tentang ganjaran diberikan kepada pekerja mereka itu menerusi platfom X dan video yang dimuat naik menunjukkan ratusan kotak PS5 Pro ketika acara tersebut.

Ternyata, ini bukanlah kali pertama syarikat itu memberi ganjaran seperti itu kepada pekerjanya. Pada tahun 2021, Ketua Pengarah Eksekutif Shift Up juga telah melakukan perkara yang sama iaitu memberikan PS5 kepada semua pekerja syarikat berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 months ago

"Hujung Tahun Dia Orang Ada Bonus" - Peniaga Gerai Pisang Goreng Bagi Gaji 'Basic' Pekerja RM2000 Buat Ramai Terkejut