Syarikat Gaming Korea Hadiahkan Semua Staf PS5 Pro Beserta Bonus Untuk Hargai Pekerja

Entertainment
11 Jan 2025 • 1:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah syarikat permainan video atau gaming di Korea Selatan telah menjadi perhatian ramai apabila syarikat itu baru-baru ini telah menghadiahkan kesemua stafnya PS5 Pro sebagai tanda menghargai kerja keras setiap pekerja di syarikat itu.

Syarikat tersebut, Shift Up iaitu studio yang bertanggungjawab melancarkan permainan aksi (action game) popular PS5 iaitu Stellar Blade turut memberi bonus tambahan kepada stafnya bernilai 5 juta Won (kira-kira RM15,326) untuk setiap seorang, lapor laman berita Korea Selatan, Naver.

Syarikat tersebut juga telah berkongsikan tentang ganjaran yang diberikan kepada staf mereka itu menerusi platform X.

Dapat dilihat dalam gambar yang dikongsikan itu terdapat ratusan kotak PS5 Pro untuk diberikan kepada staf mereka.

Dapat dilihat bahawa staf-staf syarikat itu sedang beratur untuk mendapatkan hadiah PS5Pro yang diberikan oleh syarikat.

image is not available

Difahamkan, ini bukanlah kali pertama syarikat gaming ini memberikan ganjaran seumpama itu kepada para pekerjanya kerana pada 2021, CEO syarikat itu telah melakukan perkara yang sama iaitu dengan menghadiahkan PS5 kepada stafnya, lapor Vice.

Ganjaran hadiah PS5 Pro dan bonus itu telah diberikan kepada staf pada awal tahun 2025 untuk menghargai kerja keras mereka.

Bestnya!

Sumber: Vice, Naver

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.