Syarikat Induk Google Kini Kembali Bernilai Lebih $2 Trilion

TechnologyDigital
27 Apr 2024 • 12:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Alphabet, syarikat induk disebalik Google kini sekali lagi berjaya mencapai nilai pasaran semasa melangkaui $2 trilion. Ketika artikel ini ditulis, nilai semasa saham memperlihatkan Alphabet bernilai sekitar $2.15 trilion.

image is not available

Perkara ini sekaligus meletakkan Alphabet atau Google ini di tangga keempat syarikat paling bernilai di dunia. Saudi Aramco berada di tangga ke lima dengan nilai kurang $2 trilion. Mendahului Google adalah NVIDIA, Apple dan juga Microsoft pada tangga paling teratas. Microsoft mempunyai nilai pasaran semasa mencapai lebih $3 trilion.

Google memperlihatkan peningkatan positif pada nilai saham, selepas mengumumkan dividen buat pertama kali, selain mengumumkan penyata kewangan yang lebih baik daripada dijangka. Pendapatan Google daripada pengiklanan terus meriah, selain pelaburan mereka dalam arena kecerdasan buatan juga menjadi salah satu perbualan ramai kebelakangan ini.