Bytedance Mengatakan Mereka Tidak Akan Menjual Perniagaan TikTok Di Amerika Syarikat

TechnologyDigital
26 Apr 2024 • 2:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bytedance kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat. Perkongsian pihak Bytedance ini hadir lanjutan daripada pihak Amerika Syarikat yang kini memaksa TikTok untuk menjual perniagaan mereka atau akan menghalang aksesnya.

Dengan ini juga, ia memperlihatkan Bytedance akan mula melawan perundangan baharu berkenaan di peringkat mahkamah – dan mungkin menutup operasi mereka di Amerika Syarikat sekiranya tidak berjaya dan dipaksa jual.

image is not available

TikTok mempunyai sekitar 170 juta pengguna di negara barat berkenaan, selain turut membantu ekosistem perniagaan kecil di negara berkenaan. Sekiranya ditutup, ia dijangka akan memberikan impak ekonomi yang tinggi di negara berkenaan – sementara untuk TikTok pula, mereka akan kehilangan sekitar 170 juta pengguna.