
Kota Kinabalu: Sebuah syarikat didenda RM6,000 atas dua pertuduhan menjual 20 jenis produk tidak berdaftar.
Teck Yen Sdn Bhd melalui pengarahnya mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, atas pertuduhan ke atas syarikat itu.
Bagi pertuduhan pertama, syarikat itu diperintah membayar denda sebanyak RM2,000 kerana menjual satu jenis produk tidak berdaftar iaitu seunit Shi Tu Che Yang.
Kesalahan itu berlaku jam 3.10 petang pada 8 Jun tahun ini di Damai Plaza, Luyang, di sini.
Produk tersebut tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.
Syarikat itu melakukan kesalahan di bawah Peraturan 7 (1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Untuk pertuduhan kedua, syarikat itu didenda lagi RM4,000 kerana menjual 19 jenis produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan di tempat dan masa sama.
Semasa mitigasi, wakil itu merayu humuman ringan.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Amira Diyana Rosman dari Jabatan Farmasi menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana perbuatan itu boleh membahayakan kesihatan orang ramai kerana produk itu tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


