Syarikat kerjasama Ibraco raih kontrak bernilai RM569 juta bagi projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching

10 Nov 2023 • 5:36 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Syarikat kerjasama Ibraco raih kontrak bernilai RM569 juta bagi projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching

azan

10/11/2023 - 17:36

KUALA LUMPUR 10 Nov - Ibraco Berhad menerusi Ibraco Construction Sdn. Bhd. dengan kerjasama China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd dan Nanyang Tunnel Engineering Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM568.6 juta daripada Sarawak Metro Sdn Bhd (SMSB) bagi projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

Ibraco menerusi syarikat kerjasama itu akan terlibat dengan pembinaan Blue Line-Pakej 1 Dari Rembus ke Stutong untuk KUTS.

"Projek berkenaan dijangka siap pada 31 Disember 2023 bagi peringkat 1 dan 30 Jun bagi peringkat 1A," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Sarawak Metro merupakan pelaksana KUTS yang bertujuan mengubah Kuching menjadi sebuah bandar yang dinamik dan berdaya saing dengan penyediaan perkhidmatan mobiliti mesra pengguna melalui kawasan Greater Kuching dengan pengenalan Transit Pantas Autonomi (ART).

Kumpulan itu berkata, projek itu akan dibiayai melalui dana yang dijana secara dalaman dan pinjaman luar.

Katanya, risiko yang berkaitan dengan projek adalah risiko operasi biasa yang akan dikurangkan melalui kawalan dalaman dan tadbir urus yang baik dalam prosedur operasi.

"Projek ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Ibraco sepanjang tempoh projek dan tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham kumpulan," katanya. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved