
Rocket Lab, sebuah syarikat pelancaran roket mengumumkan mereka mengambil alih Iridium dalam transaksi tunai & saham bernilai sekitar $8 bilion. Pengambil alihan telah dipersetujui oleh lembaga pengarah dengan ia akan dimuktamadkan menjelang pertengahan 2027.
Iridium menawarkan perkhidmatan telefon dan internet berasaskan satelit yang pernah menjual telefon satelit mereka sendiri. Mereka pernah bekerjasama dengan Qualcomm untuk menawarkan perkhidmatan internet satelit menerusi modem Snapdragon Satellite.

Penggabungan Rocket Lab dan Iridium akan mewujudkan sebuah syarikat angkasa lepas bersepadu yang menggabungkan keupayaan pelancaran dan pembuatan satelit Rocket Lab dengan rangkaian komunikasi global L-band Iridium dengan lebih 2.55 juta pelanggan aktif.
Rocket Lab bukan nama yang dikenali ramai tetapi telah diberikan kontrak oleh Tentera Udara Amerika Starikat untuk membangunkan roket membawa kargo bagi keperluan ketenteraan tahun lalu. Di bawah projek Eksperimen Roket untuk Logistik Tangkas Global (REGAL), Rocket Lab bersaing dengan SpaceX, Anduril dan Blue Origin untuk memberikan kemampuan menghantar bekalan logistik ketenteraan di mana-mana sahaja di bumi dalam masa beberap ajam.
Syarikat gabungan anda menjadi satu lagi pemain industri internet satelit yang ingin memberikan persaingan kepada Starlink. Dua bulan lalu, Amazon mengambil alih syarikat internet satelit Globalstar bagi mengukuhkan rangkaian Amazon Leo.





