Syarikat Korea Selatan Tawar Bonus RM360,000 Jika Pekerja Peroleh Bayi

11 Feb 2024 • 2:19 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kadar kelahiran yang cukup rendah membuatkan majikan di sebuah syarikat Korea Selatan tawar bonus RM360,000 jika pekerjanya memperolehi cahaya mata.

Lelaki dan perempuan boleh dapat

Memetik laporan dari CNN, syarikat berkenaan mengatakan bahawa akan membayar sejumlah tujuh bilion won (kira-kira RM25.1 juta) secara tunai kepada semua pekerjanya membabitkan sejumlah 70 kelahiran bayi sejak 2021.

Faedah tersebut akan diberikan kepada lelaki dan wanita yang bekerja di syarikat berkenaan.

“Saya harap kami akan diiktiraf sebagai syarikat yang menyumbang kepada kelahiran yang menggalakkan dan bantu mengurangkan kebimbangan mengenai masa depan negara,” kata Pengerusi Kumpulan Booyoung, Lee Joong-keun mengenai inisiatif itu.

image is not available

Kredit foto: Google

Syarikat Korea Selatan tawar bonus RM360,000, bantu sokong kewangan pekerja

Difahamkan, tindakan tersebut sebagai salah satu galakan untuk meningkatkan jumlah kelahiran di negara berkenaan sekaligus sebagai satu bentuk sokongan kewangan buat para pekerja bagi membesarkan anak-anak.

Tambah Lee Joong-keun lagi, mereka yang bersedia untuk memiliki tiga orang anak juga diberi keistimewaan untuk memilih mana-mana faedah yang mereka inginkan.

“Mereka boleh memilih antara menerima 300 juta won (kira-kira RM1.08 juta) secara tunai atau perumahan sewa jika kerajaan menawarkan tanah untuk pembinaan,” katanya.

image is not available

Sekadar gambar hiasan

Syarikat Korea Selatan tawar bonus RM360,000, bendung penurunan kadar kelahiran

Difahamkan, kadar kelahiran di Korea Selatan telah menunjukkan penurunan sejak 2015. Dalam unjuran yang dibuat pada Disember 2023, kadar kelahiran negara itu berpotensi menurun kepada serendah 0.59 menjelang 2026, mencecah paras penduduk yang tidak disaksikan sejak 1970-an.

image is not available

Sekadar gambar hiasan

Jumlah keseluruhan penduduk negara berkenaan dijangka hanya seramai 36.22 juta pada 2024, menurun daripada jumlah sebelumnya iaitu 51.75 juta.

Sumber: CNN