Syarikat Pengiklanan Mengaku Mendengar Perbualan Menerusi Mikrofon Telefon Pintar

TechnologyDigital
3 Sep 2024 • 11:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerap kali kami mendengar legenda urban aplikasi media sosial mengintip perbualan pengguna untuk memaparkan iklan sesebuah produk. Untuk tempoh yang lama, pakar mengatakan ia hanyalah kebetulan sahaja. Tetapi menurut laporan 404 Media hari ini, paranoia anda selama ini mungkin bukan lagi imaginasi tetapi realiti.

image is not available

Dokumen syarikat Cox Media Group (CMG) yang tertiris menunjukkan kemampuan syarikat untuk mendengar perbualan pengguna menerusi mikrofon telefon pintar. Teknologi yang diberi nama “Active Listening” akan mendengar perbualan dan kemudiannya kecerdasan buatan (AI) akan mencari frasa yang relevan untuk tujuan sasaran pengiklanan. CMG berkata mereka telah melakukan kerjasama dengan CMG ialah Google, Facebook dan Amazon.

Google telahpun mengeluarkan kenyataan mereka telah menggugurkan CMG daripada program rakan kongsi pengiklanan mereka sementara Amazon berkata mereka tidak pernah atau merancang untuk bekerjasama dengan CMG di masa hadapan.

Akhir sekali Meta mengatakan mereka sekadar rakan pemasaran umum dengan CMG tetapi tidak terlibat dalam penggunaan Active Lisening kerana ia melanggar polisi syarikat yang tidak membenarkan akses kepada mikrofon untuk melakukan penyasaran iklan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved