Syarikat Perhotelan, Pengarah Didakwa Gagal Bayar Cukai Perkhidmatan Lebih RM153,000

LocalBusiness & Finance
29 Jun 2026 • 6:27 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Syarikat Perhotelan, Pengarah Didakwa Gagal Bayar Cukai Perkhidmatan Lebih RM153,000

ALOR SETAR, 29 Jun (Bernama) — Sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan perhotelan dan pengarahnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan gagal membayar cukai pendapatan lebih RM153,000, dua tahun lepas.

Syarikat Royale Signature International Sdn Bhd dan pengarahnya Tang Wool Chon, 70, yang masing-masing menghadapi dua pertuduhan, membuat pengakuan tidak bersalah atas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan, syarikat itu yang diwakili eksekutif kanan kewangan sebagai Orang Kena Saman (OKS), gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah RM77,242.20 dan RM75,765.79 dalam tempoh yang ditetapkan mengikut Seksyen 26(4) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807).

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di Bahagian Cukai Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kompleks Kastam Persiaran Sultan Abdul Hamid, di sini pada 1 Mac dan 1 Mei 2024.

Bagi kesalahan itu, syarikat tersebut didakwa di bawah Seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807) dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, pengarah syarikat yang menghadapi dua pertuduhan sama, turut didakwa di bawah Seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807).

Pegawai Pendakwa JKDM Muhamad Syafiq Haslan yang mengendalikan kes itu memohon mahkamah mengenakan jaminan RM25,000 terhadap pengarah syarikat, manakala Tang yang tidak diwakili peguam memohon jumlah jaminan rendah atas alasan dia sentiasa hadir ke mahkamah bagi menghadapi kesnya sebelum ini.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

— BERNAMA

The post Syarikat Perhotelan, Pengarah Didakwa Gagal Bayar Cukai Perkhidmatan Lebih RM153,000 appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved