Syarikat Pusat Data Singapura Mahu Melaburkan RM28 Bilion Di Malaysia Menjelang Hujung Tahun Ini

LocalBusiness & Finance
3 Apr 2026 • 3:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Malaysia nampaknya akan memperlihatkan suntikan baru dalam perkembangan sektor pusat data. Baru-baru ini, ia telah dilaporkan bahawa sebuah syarikat pusat data dari Singapura, Day One Data Centres akan melaburkan sebanyak RM28 bilion di negara ini menjelang penghujung tahun ini.

Syarikat tersebut mengatakan pelaburan tersebut akan digunakan untuk mempergiatkan pembangunan infrastruktur baharu, pengembangan operasi dan perkhidmatan berkongsi sedia ada dan program asah bakat untuk menghasilkan pakar pusat data baharu untuk syarikat tersebut.

DayOne mengatakan bahawa pembangunan infrastruktur baru ini akan menambahkan sebanyak 1200 pekerja baru untuk syarikat tersebut, dan sebanyak 5000 pekerjaan boleh dijana sewaktu proses pembinaan dan memasang kelengkapan pusat data.

image is not available

Ketua Pegawai Eksekutif DayOne Data Centres, Jamie Khoo berkata Malaysia telah menjadi tonggak utama serantau syarikat tersebut, disokong oleh infrastruktur sedia ada, termasuk hab operasi serantau di Johor dan pusat perkhidmatan yang diperluas di ibu negara.

Pelaburan ini akan mengembangkan pembangunan operasi DayOne di dua lokasi, termasuklah Kuala Lumpur dan juga di Johor. Kuala Lumpur merupakan lokasi pusat perkhidmatan syarikat tersebut, yang akan menambahkan 200 pekerjaan tetap dalam segmen kewangan, perolehan, pelaburan dan korporat.

Untuk pejabat Johor pula, DayOne akan menubuhkan hab operasi dan latihan serantau untuk melatih lebih 1000 jurutera pusat data bagi menyokong infrastruktur kecerdasan buatan.