Syarikat Swasta Kini Dibenarkan Melakukan Serangan Siber Bagi Pihak Amerika Syarikat

WorldTechnology
13 Aug 2026 • 4:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Syarikat Swasta Kini Dibenarkan Melakukan Serangan Siber Bagi Pihak Amerika Syarikat

Selamat datang ke dunia baharu perang siber kerana pentadbiran Presiden Donald Trump kini membenarkan syarikat swasta untuk melakukan serangan siber bagi pihak Amerika Syarikat. Dalam memo yang dikeluarkan oleh White House sebentar tadi, agensi penguatkuasaan undang-undang Amerika dibenarkan melakukan serangan siber terhadap organisasi jenayah transnasional yang beroperasi di luar negara dan menyerang rakyat Amerika.

Image from: Syarikat Swasta Kini Dibenarkan Melakukan Serangan Siber Bagi Pihak Amerika Syarikat

Mereka turut dibenarkan menggunakan keupayaan dan inovasi sektor swasta untuk membantu menjalankan operasi siber ini di bawah arahan, kawalan dan kuasa Kerajaan Amerika Syarikat. Organisasi jenayah yang melakukan serangan perisian tebusan, penipuan atas talian dan pelbagai lagi jenayah kini menjadi sasaran.

Pemantauan siber dan operasi melakukan gangguan aktiviti, manipulasi, penafian, memusnahkan sistem maklumat dan infrastruktur dibenarkan dilakukan oleh syarikat swasta. Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) Amerika Syarikat akan menubuhkan program untuk melaksanakan operasi siber khusus bagi mengganggu organisasi jenayah transnasional dengan pengawasan bersama Jabatan Keadilan.

Tindakan hari ini dilihat sebagai membalas serangan siber ke atas Amerika yang dilakukan oleh organisasi yang dipercayai dilakukan bagi pihak negara musuh. Amerika telah menuduh beberapa serangan siber dalam bentuk perisian hasad dilakukan proksi Rusia, Iran dan China. Akhirnya Amerika bersedia untuk melakukan serangan balas siber.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved