Syarikat Teknologi China Borong Cip AI NVIDIA Bernilai $5 Bilion Sebelum Halangan Dikenakan

TechnologyDigital
10 Aug 2023 • 8:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amerika Syarikat telah mengenakan halangan teknologi terhadap syarikat daripada China sejak empat tahun yang lalu atas alasan keselamatan negara. Antara yang dikenakan tahun ini ialah halangan pembelian cip AI terkini keluaran AMD dan NVIDIA kerana didakwa akan digunakan bagi tujuan ketenteraan. Sebelum halangan yang lebih ketat dikenakan, beberapa syarikat teknologi China seperti Ali Baba, Baidu, Bytedance dan Tencent dilaporkan memborong cip AI keluaran NVIDIA bernilai $5 bilion.

image is not available

Menurut laporan Financial Times, cip bernilai $1 bilion akan diterima tahun ini dengan baki $4 bilion pada tahun 2024. Antara yang dipesan ialah sekitar 100,000 cip NVIDIA A800 yang adalah versi NVIDIA A100 yang dikurangkan prestasinya bagi tujuan eksport ke China. Tanpa cip-cip ini, proses melatih model bahaya raya (LLM) yang lebih kompleks akan menjadi perlahan serta menelan kos yang lebih tinggi.

Presiden Biden hari ini telah menandatangani arahan eksekutif yang mengharamkan syarikat daripada Amerika Syarikat daripada melakukan pelaburan ke dalam syarikat teknologi kecerdasan buatan, kejuruteraan kuantum dan juga pembangunan teknologi semikonduktor China. Sekali lagi alasan keselamatan negara digunakan.

Perang dingin antara blok Barat dan blok Warsaw pada dekad 90an dahulu lebih ke arah pemilikan senjata nuklear. Dalam perang dingin baharu China dan A.S nampaknya ia lebih mengarah kepada pemilikan teknologi paling terkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved