Syarikat Thailand Tawarkan Cuti Tinder Kepada Pekerja! - "Boleh Guna Untuk Keluar Temu Janji Dengan ..."

5 Sep 2024 • 11:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sebuah syarikat dari Thailand telah menawarkan manfaat yang tidak konvensional kepada pekerjanya iaitu cuti Tinder. 

Menurut firma pemasaran Whiteline Group pada bulan lalu, mereka mengumumkan cuti tersebut bermula dari sekarang sehingga Disember ini serta para pekerja akan diberikan cuti yang berbayar untuk mencari pasangan melalui aplikasi Tinder. 

“Pekerja kami boleh menggunakan cuti Tinder untuk keluar temu janji dengan seseorang,” kata syarikat itu dalam hantaran di LinkedIn.

Walau bagaimanapun, pengumuman itu tidak dinyatakan berapa hari yang diperuntukkan. 

Sementara itu, syarikat itu turut menanggung kos langganan Tinder Gold dan Tinder Platinum yang lebih untuk semua pekerja. 

Pada masa yang sama, kesemua ahli yang melanggan Tinder ini boleh melihat siapa yang menyukai mereka, berpadanan dengan orang dari seluruh dunia, dan menghantar nota dengan setiap Super Like.

Menurut sumber, inisiatif tidak konvensional ini diperkenalkan untuk meningkatkan kesejahteraan dalam kalangan pekerja. 

Selain itu, laporan dari sumber  menyatakan syarikat itu percaya bahawa jatuh cinta mampu meningkatkan kebahagiaan danakan menyumbang kepada peningkatan produktiviti. 

Mengikut laporan dari New Your Post, inisiatif ini bakal bermula selepas pihak pengurusan syarikat terdengar seorang pekerja berkata bahawa dia "terlalu sibuk" untuk berkenalan. 

Pekerja yang ingin menggunakan cuti Tinder mereka perlu memberi notis seminggu.

Sekadar info, syarikat itu berasal dari Bangkok, Thailand dan mempunyi kira-kira 200 pekerja.


Sumber: The Strait Times, Berita Harian