Syasya Dolla Dituduh Keluar Group Sebab Hamil, Tuan Badan Respons – “Jumpa Di Padang Mahsyar”

EntertainmentOpinion
28 Jan 2025 • 7:27 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
syasya

Nama Syasya, bekas ahli kumpulan Dolla, kembali menjadi bualan hangat selepas satu ciapan di X mendakwa bahawa dia hamil sebelum meninggalkan kumpulan tersebut.

Ciapan yang dimuat naik oleh pengguna X @Agust_D_Luffy ini mencetuskan perbincangan panas apabila dia mendakwa Syasya terpaksa berkahwin dengan teman lelakinya selepas disahkan mengandung.

Syasya difitnah keluar Dolla sebab mengandung

image is not available

Tidak berdiam diri, Syasya tampil menjawab fitnah melampau berkenaan. Di ruangan komen, bekas anggota Dolla ini mahu berjumpa dengan penfitnah di akhirat kelak.

Good fitnah, see u at padang mahsyar

Sementara itu, ada juga netizen lain yang menyelar ciapan tersebut menyatakan tuduhan tidak masuk akal.

Syasya bahagia dengan keluarga kecilnya

image is not available

Terdahulu, Syasya bekas ahli kumpulan Dolla mengejutkan peminat apabila mengumumkan keluar dari kumpulan tersebut pada tahun 2024.

Keputusan ini mencetuskan pelbagai spekulasi, namun Syasya kemudian mendedahkan bahawa dia ingin fokus kepada kehidupan peribadi.

Tidak lama selepas itu, Syasya dilaporkan telah berkahwin dan kini bekas idol itu sudah bergelar seorang ibu. Kehidupannya lebih tertumpu kepada keluarga berbanding dunia hiburan.

Walaupun tidak lagi aktif dalam industri muzik, nama Syasya masih menjadi perbualan netizen, terutamanya dalam kalangan peminat Dolla yang masih mengikuti perkembangannya.

#OhmediaNasihat

Menuduh tanpa usul periksa sama seperti menyebarkan fitnah. Fitnah yang tidak benar boleh memberi kesan buruk kepada individu yang terlibat. Jadi, berhati-hatilah menulis hantaran di media sosial, jangan sampai menfitnah ya..

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: X


The post

appeared first on

.