Syasya Rizal rasa sunyi ketika hamil, akui boleh menangis hanya sebab hal kecil

LocalEntertainment
12 Sep 2024 • 6:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Syasya Rizal rasa sunyi ketika hamil

Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal rasa sunyi ketika hamil dan mengakui boleh menangis hanya disebabkan hal kecil ketika melalui fasa berkenaan.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri Syasya menerusi video di TikTok sewaktu sedang bersiap untuk keluar menjalani rawatan kecantikan serta kuku.

@syasya.rzl

Patut la orang invest on a good mic for video like this, cus yall the pakcik decided to pontong rumput when Im talking

♬ Aesthetic Vibes - Megacreate

Syasya Rizal rasa sunyi ketika hamil, tak suka keluar sendirian

Ujar Syasya atau nama sebenarnya, Nor Syasya Afiqah Shahrizal, 23, sejak hamil dia menyedari bahawa emosinya telah berubah apabila berasa seperti pergi ‘berperang’ setiap kali ingin keluar rumah.

Dia juga mendedahkan jarang keluar rumah bersendirian, namun tetap menjalaninya kerana menganggap perlu untuk bersendirian bagi merehatkan diri.

“Hari ini saya nak pergi potong kuku. Sejak hamil, melakukan rawatan kuku (tangan dan kaki) seperti satu ‘peperangan’ dengan diri sendiri.

“Jadi saya putuskan untuk dapatkan rawatan dan meluangkan masa untuk diri sendiri walaupun saya tidak suka keluar bersendirian. Sebab saya rasa seperti tidak dilindungi,” katanya.

image is not available

Syasya Rizal rasa sunyi ketika hamil walau ramai yang temani

Tambah Syasya lagi, sejak berbadan dua, dia kerap berasa sunyi walaupun ramai yang menemaninya dan mungkin itu adalah perubahan diri sewaktu sedang hamil.

Ujarnya, walaupun ramai yang ada disisi, namun dia seakan kesunyian dan perkara itu mungkin turut dirasai bakal-bakal ibu yang lain.

“Awak semua tahu tak apa yang orang tidak dedahkan ketika mereka hamil..ianya tentang rasa sunyi.

“Walaupun ada orang yang di sekeliling yang menyokong dan teman tapi pengalaman ini, diri sendiri sahaja akan lalui.

Sangat penting untuk ada ‘support system’,” jelasnya.

image is not available

Boleh menangis sebab hal2 kecil

Kadang kala, Syasya turut menyatakan yang dirinya boleh menangis hanya disebabkan hal-hal kecil dan berasa hairan kerana ia berlaku sejak dia mengandung.

“Kadang kala akan rasa sangat beremosi ketika hamil. Perkara kecil pun boleh buat menangis.

Entahlah, pelik juga,” ujarnya.

image is not available

Perkara normal buat ibu2 hamil

Susulan daripada kenyataan yang dikongsi penyanyi berusia 23 tahun itu, ramai yang memberitahu boleh jadi ia adalah perubahan horman bagi wanita yang sedang hamil.

Ada juga di antara mereka berkongsi hal sama dilalui ketika kehamilan dan mendedahkan selepas bersalin juga akan melalui hal tersebut.

image is not available

Perubahan hormon tu, semoga Sya & baby sihat

image is not available

Nanti waktu pantang lagi emosi

image is not available

Sekadar info, Syasya yang mencipta nama bersama Dolla memilih untuk menamatkan zaman solonya dengan Nasrullah Mohd Sapie selepas keluar daripada kumpulan nyanyian tersebut.

Dia dan suami telah selamat bernikah pada 20 April 2024 dan bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Sumber: TikTOk syasya.rzl