Syatilla Melvin seru banyakkan doa taubat – “Bayangkan lepas baca Allah takdirkan kita meninggal…”

EntertainmentLifestyle
15 Apr 2026 • 11:15 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Syatilla Melvin, menarik perhatian ramai apabila berkongsi peringatan berunsur keagamaan menerusi satu hantaran di media sosial miliknya baru-baru ini.

Banyakkan doa taubat

image is not available

Screenshot

Dalam perkongsian tersebut, Syatilla menggalakkan orang ramai untuk menghafal dan mengamalkan Sayyidul Istighfar, yang menurutnya mempunyai ganjaran besar sekiranya diamalkan dengan penuh keikhlasan.

image is not available

“Siapa dekat sini yang dah hafal sayyidul istighfar? Power gila tau. Kalau kita baca lepas itu Allah takdirkan kita meninggal, insyaAllah besar ganjaran dia,” ciapannya di Threads, hari ini.

Pada masa sama, Syatilla turut mencadangkan agar orang ramai mencari versi bacaan yang mudah diingati di platform YouTube bagi membantu proses hafalan.

Selain itu, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini juga tidak ketinggalan mengingatkan tentang kepentingan menunaikan solat dalam kehidupan seharian.

image is not available

“Wahai manusia sihat sempurna tubuh badan dan akalnya, kenapa malas solat? Solat itu kan tiang agama. Tanpa tiang, runtuh semua yang ada… sama-sama paksa diri jom,” ujarnya.

Dalam hantaran berasingan, Syatilla turut berkongsi satu pesanan berbentuk peringatan agar sentiasa menjaga hubungan sesama manusia.

“Jika kita aniaya atau berbuat jahat pada seseorang, lalu orang itu membalas kejahatan kita dengan sujudnya, saat itu kita dalam bahaya,” tambahnya lagi.
image is not available

Screenshot

Perkongsian tersebut dilihat sebagai satu seruan untuk memperbanyakkan doa taubat serta memperbaiki diri, selain mengingatkan tentang kepentingan menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia.

Artikel lain: Syatilla Melvin seru jaga solat, hargai peluang perbaiki diri – “Bayangkan Tuhan ambil dalam keadaan lalai”

Terdahulu, aktres itu mengingatkan orang ramai tentang kepentingan menjaga solat dan memperbaiki hubungan dengan Allah selagi masih diberi peluang untuk bernafas.

Tegasnya tujuan utama manusia di dunia adalah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba, termasuk menunggu dan menjaga solat lima waktu.

Sumber: Threads samtilla

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved