
DENDANGAN lagu-lagu raya ibarat penyeri setiap kali tibanya sambutan Aidilfiti saban tahun.
Tidak mahu ketinggalan menyajikan ‘buah tangan’ Syawal dua penyanyi yang cukup sinonim dalam industri muzik tanah air Black Hanifah dan Adira Suhaimi tampil dengan single raya terbaharu berjudul Syawal Rindu.
Hasil ciptaan Rudy Nastia, Aiman Zaidi, Aizad Khan dan Kelana serta lirik oleh Aiman Zaidi Syawal Rindu yang menjanjikan sentuhan emosi dan nostalgia bagi peminat muzik tempatan.
Syawal Rindu menggabungkan melodi syahdu dengan lirik yang menyentuh perasaan sekali gus menjadikan lagu berkenaan sesuai didengarkan sepanjang lebaran.

