
Semalam kita digemparkan dengan berita kematian seorang pelakon wanita, Syazlin Zainal yang baru sahaja berusia 26 tahun.
Berita kematian arwah turut dilaporkan oleh Siakap Keli melalui laporan di bawah.
Berita kematian pelakon berkenaan telah dimaklumkan sendiri oleh sepupu arwah, Trisya Azahar melalui satu tweet yang dimuat naik di laman Twitternya.
”Mohon doakan sepupu saya, Syazlin Zainal. Semoga Alin tenang di sana dan syurga buatmu. Baru je kita berhubung nak jumpa (Al-Fatihah dibaca),” katanya.
Hari ini, beliau sekali lagi memuat naik satu tweet balas kepada hantaran tersebut untuk memaklumkan perkembangan terkini kematian sepupunya itu.
Ramai yang DM saya, maaf tak sempat nak reply. Semuanya masih dalam siasatan. Stop buat kenyataan yang tak benar dan saya mohon hormat keluarga Allahyarhamah Syazlin Zainal. Biarlah keluarganya sendiri memberi kenyataan. pic.twitter.com/f5ap0dEJmC
— Mademoiselle ∞ (@TrisyaAzahar) November 11, 2022
”Semua masih dalam siatan. Mohon berhenti buat kenyataan tak benar dan saya mohon semua hormati keluarga arwah Syazlin Zainal,’ katanya.
Trisya juga meminta orang ramai memberi ruang kepada keluarga arwah dan membiarkan sebarang kenyataan dibuat hanya oleh keluarga arwah.
Salam takziah untuk keluarga arwah, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Sumber: @TrisyaAzahar via Twitter
The post Syazlin Zainal: Sepupu Rayu Henti Buat Kenyataan Tak Benar & Hormati Keluarga Arwah appeared first on Siakap Keli.

