“Tak Perlu Buat Andaian” – Rakan Baik Nafi Dakwaan Pemergian Syazlin Zainal Ada Kaitan Dengan Kekasih

11 Nov 2022 • 11:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan dalam satu kenyataan media hari ini mengesahkan sebab kematian pelakon dan influencer, Syazlin Zainal adalah disebabkan jatuh daripada tingkat 22 pangsapuri.

Siasatan awal pihak polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Namun, tersebar pula dakwaan kononnya kekasih arwah ada kaitan dengan kejadian ini. Mahu menjernihkan keadaan sebenar, rakan baik arwah, Aida Husnina berkata, dakwaan adalah tak benar sama sekali.

image is not available

image is not available

Aida Husnina memohon orang ramai tak buat spekulasi atau fitnah mengenai pemergian arwah. Apa yang dia boleh katakan adalah ‘depression is real’.

image is not available

Katanya lagi, pemergian arwah langsung tak ada kaitan dengan vaksin. Jadi orang ramai tak perlu menyebarkan perkara tak betul.

image is not available

Semoga keluarga dan rakan-rakan arwah tabah dengan pemergian insan tersayang. Sama-sama kita mendoakan yang baik-baik je buatnya. Amin.

Kredit: Instagram Aina Husnina

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.