Syed Saddiq anggap soalan mengenai perkahwinan paling sukar untuk dijawab

Politics
15 Sep 2023 • 2:30 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

https://open.spotify.com/episode/3H05MNPCZNPaxhAzkajrzC

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui soalan mengenai perkahwinan adalah soalan yang paling sukar untuk dijawab oleh beliau berbanding soalan-soalan lain.

Malah ketika ditanya sama ada beliau sudah mempunyai calon isteri, Syed Saddiq secara berseloroh enggan mengulas sebaliknya berkata:

“Ia adalah di bawah Akta Rahsia Rasmi kerajaan."

https://youtu.be/zD3WrCCt4fE?si=1Gp5BBwG5REeggvs

Beliau ditanya soalan tersebut ketika menjadi jemputan untuk segmen dalam rancangan podcast PodaBoom ‘The Good, The Bad, and The Ugly’, oleh Scoop, baru-baru ini.

Ia dihoskan oleh ketua pengarang kumpulan Big Boom Media, Terence Fernandez, ketua pegawai eksekutif kumpulan Datuk Zainul Arifin dan pengarah eksekutif Kumpulan, Datuk Ahirudin Attan (Rocky).

image is not available
Dari kiri, Datuk Ahirudin Attan (Rocky), Terence Fernandez, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Zainul Arifin berswafoto selepas rakaman program podcast PodaBoom ‘The Good, The Bad, and The Ugly’, baru-baru ini. - Azim Rahman/Scoop, 15 September, 2023

Jelas beliau, dalam dunia politik ini adalah penting untuk mempunyai isteri yang memahami dan boleh bertahan.

“Kita tunggu dulu. When the time is right, the time is right.

"Saya rasa kalian lebih tahu. Nak-nak dalam dunia politik ni, isteri teramat penting kerana perlu ada isteri yang memahami, boleh bertahan. Kalau tidak… sukar,’’ katanya yang mengakui ibunya mempunyai kuasa veto dalam pemilihan isteri. – 15 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved