Syed Saddiq, Bella Astillah Kongsi Hari Bahagia Bertemakan 'Kenduri Rakyat'

2 Oct 2026 • 8:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Syed Saddiq, Bella Astillah Kongsi Hari Bahagia Bertemakan 'Kenduri Rakyat'

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi Bella Astillah bakal berkongsi hari bahagia mereka menerusi majlis “Kenduri Rakyat” yang dijadualkan berlangsung di Muar, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah hujung bulan ini.

Syed Saddiq berkata penganjuran majlis itu bertujuan “membumikan” perkahwinan mereka agar dapat diraikan bersama-sama masyarakat setempat dengan majlis di Muar akan diadakan pada 25 Okt ini manakala di Kota Kinabalu pada 31 Okt.

“Kami mahu memastikan dua “Kenduri Rakyat” ini dapat diraikan bersama-sama dengan rakyat. Maksudnya, orang kampung semua dijemput untuk menyertai tradisi rewang dan masak bersama-sama.

“Tak guna kita mendapat perhatian sekiranya perhatian itu tidak disalurkan dan dikongsikan dengan baik kepada semua,” katanya pada sidang media Walimatulurus Bella Astillah dan Syed Saddiq di sini hari ini.

Image from: Syed Saddiq, Bella Astillah Kongsi Hari Bahagia Bertemakan 'Kenduri Rakyat'

Beliau berkata bersempena dengan majlis itu, sumbangan puluhan ribu kilogram beras, santan serta barangan keperluan lain daripada penaja utama bakal diagihkan kepada tetamu yang hadir pada kedua-dua majlis berkenaan.

Sementara itu, Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, berkata tetamu yang hadir ke “Kenduri Rakyat” di Muar digalakkan memakai pakaian bersesuaian, termasuk busana tradisional Johor seperti Baju Melayu Teluk Belanga.

“Bagi majlis di Kota Kinabalu, tetamu digalakkan mengenakan busana tradisional mengikut etnik dan kaum masing-masing di Sabah,” katanya.

Image from: Syed Saddiq, Bella Astillah Kongsi Hari Bahagia Bertemakan 'Kenduri Rakyat'

Pasangan itu dijadualkan bernikah pada 10 Okt ini di Menara 118 di sini, disusuli majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 18 Okt.

Bella Astillah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz dan dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved