Syed Saddiq berlari Langkah Muar 200km kumpul dana tapi lain pula dipandang netizen. 'Bolehlah lari terus ke hati saya'

Politics
28 Jun 2024 • 2:48 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melancarkan inisiatif Langkah Muar sebagai tanda protes terhadap kerajaan berikutan menafikan peruntukan bagi parlimen pembangkang.

Figura berusia 32 tahun itu akan berlari sejauh 200 kilometer (km) iaitu dari Muar ke Parlimen untuk meraih dana bagi pusat khidmat raya di kawasan tersebut.

"So it begins! 20km done. 180km more to go to Parliament.

"Bermula di Jambatan Muar, kini di Merlimau Melaka.

"Melaka, oh Melaka....kepanasanmu tidak mengecewakan," kongsinya di Instagram.

image is not available

Memulakan larian larian dari Muar 6.30 pagi tadi, bekas Menteri Belia dan Sukan itu terharu dengan sokongan orang ramai.

"Terharu ramai yang datang berhenti berikan sokongan.

"Ramai yang call dan text bertanya bagaimana untuk menyumbang," katanya. Pada ruangan komen, warga maya menyatakan sokongan kepada pengasas dan presiden Ikatan Demokratik Malaysia itu atas ketulusan beliau berjuang untuk kawasannya.

image is not available

Tidak kurang juga yang memuji tahap kecergasan Syed Saddiq dan penampilannya.

"Terbaik, semangat YB!"

"Chaiyok YB finish strong.

" Bro looking lean and muscular."

"Wah, hebatnya. YB bolehlah lari terus ke hati saya."

"Mantap YB."

"Nanti jangan lupa review kasut ya."

Terdahulu, Syed Saddiq melancarkan inisiatif Langkah Muar sebagai tanda protes berikutan tindakan pihak kerajaan menafikan peruntukan bagi parlimen pembangkang.

Katanya, parlimen pembangkang tidak mendapat peruntukan sebagaimana kawasan parlimen kerajaan yang memperolehi RM20 juta sepenggal.

Pemilik nama Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman Al-Sagoff itu sememangnya aktif menyertai marathon dan sukan lasak seperti triathlon.